Thursday, December 19, 2013

Apa ertinya saya memeluk Islam

Untuk menjadikan akidah saya benar-benar diiktiraf sebagai akidah seorang Muslim saya mestilah:

1.  Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.
2.       Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
3.   Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajak manusia mengenali Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia dan ke mana akhirnya penghidupan mereka.
4.    Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifat-Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.
5.    Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir.

6.     Mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sesungguhpun demikian pada hakikatnyasaya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dengan pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua itu adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             AF Mohamed
19 Disembar @ 16 Safar 1435H
11:21 PM






No comments:

Post a Comment