Untuk
menjadikan akidah saya benar-benar diiktiraf sebagai akidah seorang Muslim saya
mestilah:
1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam
sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak
memerlukan pertolongan orang lain.
2.
Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak
mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan
sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah
yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
3. Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah
mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajak manusia
mengenali Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di
dunia dan ke mana akhirnya penghidupan mereka.
4. Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup
manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana
sifat-sifat-Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan
diri kepada-Nya.
5. Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah
balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan
ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir.
6. Mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat
dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan
kehendaknya. Tetapi sesungguhpun demikian pada hakikatnyasaya tidaklah dapat
mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dengan pertolongan Allah. Begitu juga
saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah.
Kesemua itu adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah. AF Mohamed
19 Disembar @ 16 Safar 1435H11:21 PM