Wednesday, May 8, 2013

Datuk Ahmad Yakob, Menteri Beasr Kelantan 2013

Ayah MB Kelantan pernah jadi mangsa ISA


Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan. Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.

Hari ini (7 Mei 2013) Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.

Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi. Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University. Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995. Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang. Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya. 


Mudah-mudahan Kelantan terus maju di bawah pimpinan ulama'... In shaa Allah ^^,




Selamat bekerja utk rakyat Kelantan. Membangun bersama Islam.

AF Mohamed
8 Mei 2013 @ 28 Jamadil Akhir 1434
7:13 PM












Monday, May 6, 2013



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Syukur dengan rahmat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya, dpt jgak saya membuat blog sendiri setelah lama sudah berhajat cuma belum berkesempatan. Alhamdulillah, kesempatan yg diberikan ini moga2 dpt sy nukilkan penulisan sendiri yg memang dh lama tinggalkan sejak zaman sekolah menengah lg...hmm...mula2 ni mmg agak kekok... tapi in shaa Allah, lama2 dpt jadikan penulisan ini sebagai satu hobi. Mudah-mudahan ianya bukan satu minat semata-mata tetapi juga sbg jalan dakwah sbg hamba musafir yg dalam perjalanan menuju mencari keredhaan Allah, Pencipta sekalian alam. Daripada-Nya kita datang, kemudian diuji di dunia ini yg penuh dengan nodaan dan kemudiaanya kembali semula kepada-Nya utk dinilai segala amal kebaikan dan keburukan. Salam perkenalan dari saya, assalamualaikum =D

AF Mohamed 
6 Mei 2013 @ 26 Jamadil Akhir 1434
(sehari selepas PRU13)
9:48 PM