Thursday, December 19, 2013

Apa ertinya saya memeluk Islam

Untuk menjadikan akidah saya benar-benar diiktiraf sebagai akidah seorang Muslim saya mestilah:

1.  Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.
2.       Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.
3.   Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajak manusia mengenali Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia dan ke mana akhirnya penghidupan mereka.
4.    Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifat-Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.
5.    Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir.

6.     Mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sesungguhpun demikian pada hakikatnyasaya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dengan pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua itu adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             AF Mohamed
19 Disembar @ 16 Safar 1435H
11:21 PM






Saturday, December 7, 2013

Pediatric posting

Alhandulillah, selesai jugak posting pediatrik saya ni selama 4 minggu...

Saya akui, posting ni paling mencabar berbanding posting2 lain dalam medik. Walaupun posting berkaitan perubatan kanak-kanak, ianya susah sbb kita berhadapan dgn golongan yg susah utk di'approach' kalau xkena cara yg betol. Nak kena ambil history ok lagi..tp nk masuk buat examination kt budak2 mmg 'arghhh'...haha sbb ada yg meroyan klu pegang (boleh diterima la mgkin sakit ke ap ke kan) tp ad jgk yg hyperactive... tu yg sgt2 mencabar kesabaran..haha

Minggu first and second yg paling busy. Tapi lama2 dh dpt biasakan diri dh. Kadang2 tu ad yg kena pergi clerk patient smp malam and kne join 'oncall'. Esoknye plk kne present kt lecturer. Memang penat tapi puas hati.. :)

Puas sbb byk belajar bnd baru. Penyakit yg ad kt kanak2 ni beza dgn org dewasa. Yg paling ketara, diorang klu sakit mmg btol2 sakit sbb diorg xkan menipu nye..hahaa..tp org dewasa ni byk jgk menipu nk mintk mc bagai sbb nk cuti.

Byk benda yg dpt sy belajar dri posting ni. Misalnya penyakit2 yg common dlm golongan kanak2, cara nk 'approach' diorg, buat examination, yg paling penting memahami dan merasai kesusahan dan kesukaran kanak2 tu dan jgak famili diorg... sbb rata2 yg saya jumpa ni kebanyakkan nya golongan miskin terutama org asli


Hmmm...mmg kdg2 tu kesian jgk tgok mak kene teman anak sepanjang malam, jg makan minum anak kt hospital, kne berhenti kerja sbb nk jaga anak, nk kne ulang2 alik tgok anak2 yg lain, xde transport ke hospital etc2... mmg kesian sbb pendapatan dh terjejas lbih2 lg klu ibu tunggal. Hairan kan sbb rata2 pesakit dtg dari keluarga miskin. Mungkin itu satu kelebihan utk mereka sbb Allah nk uji..

Pape pon mmg salute la kt ibu yg xprnh pon mengeluh nk jaga anak mereka. So, bakal2 doktor nnt layan la pesakit yg dtg kt korg baik2 ye...sbb kita xrasa ap yg diorg rasa. Yg penting tahu mcm mana nk treat pt terutama kanak2 ni..sbb diorg walaupon ada penyakit tapi still ad peluang yg sgt cerah utk sihat (xmcm org tua, klu dh sakit teruk rawat cmna pon mmg sakit tu ssh nk sembuh...hisap rokok byk sgt) haha...

InsyaAllah mudah2an klu dpt peluang lagi mgkn akan buat specialist pediatric.. Doakan ;)

Selamat bekerja utk umat

AF Mohamed
8 Disembar @ 5 Safar 1435H
8:10 AM





Doakan saudara Islam kita di Mesir

Assalamualaikum... dan selamat petang =D

Sebulan dua ini kita, umat Islam dikejutkan dgn kejatuhan pemerintahan Presiden Dr. Mohammed Morsi sbg Presiden Mesir yg sah dan diplih melalui demokrasi oleh rakyat Mesir. Penggulingan pemerintahan oleh tentera yg diketuai oleh As-Sisi mendapat kecaman hebat dri rakyat Mesir sendiri yg merasakan hak mereka utk memilih pemimpin dinafikan oleh puak2 tentera ni.

Yup, kite sume tahu yg penggulingan oleh tentera ini sebenarnya dipengaruhi oleh Amerika, Zionis dan sekutu2 diorg yg xsenang melihat pemimpin Islam yg benar2 menegakkan syariat Islam sprt Dr Mohammed Morsi ni. Pengaruh Ikhwan Muslimin yg semakin meluas dlm pemerintahan Mesir dan negara2 Arab menyebabkan musuh2 Islam xsenang duduk.

So, mari kita bykkan berdoa untuk saudara2 kita di Mesir dan dimana shj. InsyaAllah, mudah2an umat islam akan terus bangkit untuk melawan musuh2 Islam ni...


Wednesday, May 8, 2013

Datuk Ahmad Yakob, Menteri Beasr Kelantan 2013

Ayah MB Kelantan pernah jadi mangsa ISA


Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan. Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.

Hari ini (7 Mei 2013) Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.

Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi. Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University. Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995. Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang. Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya. 


Mudah-mudahan Kelantan terus maju di bawah pimpinan ulama'... In shaa Allah ^^,




Selamat bekerja utk rakyat Kelantan. Membangun bersama Islam.

AF Mohamed
8 Mei 2013 @ 28 Jamadil Akhir 1434
7:13 PM












Monday, May 6, 2013



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Syukur dengan rahmat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya, dpt jgak saya membuat blog sendiri setelah lama sudah berhajat cuma belum berkesempatan. Alhamdulillah, kesempatan yg diberikan ini moga2 dpt sy nukilkan penulisan sendiri yg memang dh lama tinggalkan sejak zaman sekolah menengah lg...hmm...mula2 ni mmg agak kekok... tapi in shaa Allah, lama2 dpt jadikan penulisan ini sebagai satu hobi. Mudah-mudahan ianya bukan satu minat semata-mata tetapi juga sbg jalan dakwah sbg hamba musafir yg dalam perjalanan menuju mencari keredhaan Allah, Pencipta sekalian alam. Daripada-Nya kita datang, kemudian diuji di dunia ini yg penuh dengan nodaan dan kemudiaanya kembali semula kepada-Nya utk dinilai segala amal kebaikan dan keburukan. Salam perkenalan dari saya, assalamualaikum =D

AF Mohamed 
6 Mei 2013 @ 26 Jamadil Akhir 1434
(sehari selepas PRU13)
9:48 PM